Siri utama Cookie Run

OvenBreak

OvenBreak dikeluarkan pada 12 Jun 2009. Sejak dilancarkan, ia dikemas kini ke OvenBreak 2 pada 10 November 2011. [1] Judul yang terpisah, OvenBreak Infinity, juga dikeluarkan pada bulan September 2009. [2] [3] Pada akhir tahun 2010, OvenBreak Infinity mencapai # 1 di App Store iOS di Amerika Syarikat dalam kategori "Aplikasi Percuma Teratas". [4]

Cookie Run

Cookie Run diterbitkan untuk plaform Kakao pada 2 April, 2013.[5] Ia merupakan pemainan pertama Devsisters Corporation di bawah nama Cookie Run. Ia kemudiannya diterbitkan untuk LINE sekali pada 29 January 2014, dan dimuat turun sebanyak lebih 114 juta kali.[6][7]

Pada 5 Jun 2018, versi LINE Cookie Run ditutup dan dikeluarkan dari Google Play Store dan App Store. [8]

Cookie Run: OvenBreak

Cookie Run: OvenBreak dilancarkan secara global (kecuali di China) pada 27 Oktober 2016.[9] Ini merupakan permainan Cookie Run terbaharu Devsisters Corporation dan kini ia berada di musim kelima.[10] Pada akhir November 2018, Cookie Run: OvenBreak dan Devsisters bekerjasama dengan syarikat Sanrio untuk acara khas Hello Kitty dari 29 November sehingga 19 Disember.[11]

Keluaran sampingan

Cookie Run: Cookie Wars

Cookie Wars (Perang Biskut) merupakan salah satu permainan terbitan sampingan berdasarkan plot permainan Cookie Run sebelumnya. Ia merupakan satu permainan strategi mudah alih yang dalam versi beta tertutup, dengan sekitar 10,000 pengguna menguji permainan tersebut dari 10 April hingga 16 April. [12] [13]

Pada 26 Julai 2018, permainan ini dilancarkan di tiga negara.[14] Ia dilancarkan secara global pada 23 Ogos 2018.[15] Pada 15 April 2020, Devsisters Corporation mengumumkan bahawa permainan tersebut akan ditutup pada bulan berikutnya.

Cookie Run: Puzzle World

Puzzle World (Dunia Teka-Teki; dahulu dinamakan Cookie Run: JellyPop dan Hello! Brave Cookies) merupakan permainan video teka-teki oleh Devsisters Corporation pada tahun 2019. Ia dikeluarkan secara global di pelbagai negara.[16]

Pada peringkat beta, ia dinamakan Cookie Run: JellyPop, namun nama tersebut ditukar kepada Hello! Brave Cookies ketika pelancarannya atas sebab-sebab tertentu. Pada 26 Julai 2020, permainan tersebut dijadualkan untuk menerima penjenamaan semula kepada Cookie Run: Puzzle World.[17]

Cookie Run: Kingdom

Cookie Run: Kingdom (Kerajaan) merupakan satu permainan RPG yang telah diumumkan oleh Devsisters pada tahun 2019. Permainan tersebut belum dikeluarkan lagi, dan tarikh pengeluarannya juga belum diketahui.[16]

Rujukan

WikiPedia: Cookie Run http://www.devsisters.com/ http://www.nationmultimedia.com/detail/lifestyle/3... http://sports.naver.com/esports/news/read.nhn?oid=... http://www.nspna.com/news/?mode=view&newsid=296391 http://www.thisisgame.com/webzine/news/rboard/1/?n... http://www.gameinsight.co.kr/news/articleView.html... http://www.gameinsight.co.kr/news/articleView.html... http://www.4gamer.net/games/400/G040065/2017110114... http://kr.aving.net/news/view.php?articleId=176528 http://www.venturesquare.net/2651